Total Pageviews

Monday, March 28, 2011

Ekspidisi Ulu Renau,Slim River

Kelab 4x4 FPAS adalah kelab sosial bagi staf-staf dan pelajar di Fakulti Pengajian Alam Sekitar. Kelab ini baru sahaja di tubuhkan bagi mengeratkan talisiratulrahim di antara staf dan pelajar-pelajar.

Ini adalah sebahagian dia antara staf dan pelajar FPAS yang melibatkan diri di dalam ekspidisi 4x4 yang di adakan di Ulu Renau,Slim River Perak Daruk Ridzuan.

 Ekspidisi ini juga melibatkan sebahagian daripada badan kerajaan seperti JPS Sg.Kinta, Nahrim, UKM, USM, UPM, dan tidak ketinggalan juga daripada sukan aksi lasak yang terkenal sebagai Kelab 4X4 Kinta Belantara,Ipoh.


Antara yang melibatkan diri lagi bagi membantu dari segi perubatan iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Ini bagi memastikan keselamatan para perserta di jaga setiap masa.

Sebahagian daripada peserta Kelab 4x4 FPAS


 Ekspidisi  ini di lancarkan dan dirasmikan oleh Pengarah JPS Sg.Kinta.









Antara aktiviti cabaran ini ialah meredah hutan, menaiki jalan yang cerun dan belumpur serta meredah sungai dengan menaiki kenderaan 4x4. Bagi saya, cabaran ini adalah cabaran yang terbaru dan pengalaman yang baik untuk diri saya dan rakan-rakan yang lain.

 
     Sebahagian daripada Kelab 4x4 Kinta Belantara ipoh. Kelab ini adalah untuk membantu kenderaan 4x4 yang lain dan menjadi "Massel" ketua dalam trip ini. Kelab 4x4 ini akan sedia menunjuk ajar kepada pemandu-pemandu yang baru yang ingin berjinak-jinak di dalam cabaran kali ini.





Ekspedisi ini memang lah menguji kesabaran dan kecekapan para pemandu 4x4 apabila merentasi sungai.. Tahap keberanian dan kesabaran perlu ada bagi setiap pemandu agar tidak melakukan kesilapan.













 Setelah penat lelah menempuh pelbagai rintangan dan halangan akhirnya para peserta sampai ke tempat yang di tuju.


 
Setiap peserta berehat sambil melihat jika terdapat sebarang kerosakan.


 
      Ade yang ingin bersesi bergambar sambil berkenai suai dengan para peserta yang lain.

1 comment:

  1. ops..pembetulan bahasa..jangan pandai-pandai nk ubah sejarah..bukan ulu renau,slim river.. tapi pos tenau,ulu slim,slim river.. mintak betulkan.. walaupun dikawasan pedalamn,adat dan warisan masih dijaga rapi...

    ReplyDelete