Total Pageviews

Monday, January 24, 2011

Mancing di Kelong Kg.Nelayan Telok Gong

                                                     Naik Bot ke Kelong
Assalamualaikum....ini adalah 1 percutian sambil memancing bersama adik beradik kami. Kite org pun sembernanye dah lame tak keluar bersama,so saya sendiri yang plen buat trip ini. Kepada saudara yg ingin pergi berkelah sambil memancing bersama keluarga saya rasa ok la untuk beriadah sekali sekala. Ini la tempat nyer, Kelong Kg.Nelayan,Telok Gong,Klang Selangor. Untuk pergi ke tempat ni senang jer, pergi je ke Jeti Kg.nelayan Telok Gong. Selepas itu kene la naik bot untuk sampai ke kelong,tak lame mane pun 5 minit jerr..dan kami pun dah sampai.. Horeeyyyyyyyy hehehe...

                                                  Persiapan Memancing
Sambil memasang alat² memancing,kelong ini juga boleh memuatkan dalam 20 orang pada satu-satu masa. Jadi untuk keselesaan memancing adalah dalam 12 orang kerana tidak mahu tali joran tersangkut satu sama yang lain apabila arus air bertukar arah. Ape lagi,Jom Mancing.....

                                                      Di Sebalik Dapur
Untuk pengetahuan anda semua,kelong ini juga menyediakan tempat untuk memasak, dalam pakacge pihak kelong telah menyediakan Air batu, Set BBQ, Arang, Dapur gas, Teh, Kopi, Gula, Kunyit, Periuk, Pinggan, Sudu, dan Asam Garam. Pihak kelong juga turut menyediakan Set Sistem Karaoke bagi yang tidak memancing dan boleh la berkaraoke,Cd-cd lagu perlu di bawa .Oleh itu jika kita ingin memasak dengan lebih lagi kita perlu lah membawa barang² basah dengan sendiri. Naseb baik la ade bapa saya ni, kalo tak dapur tak berasap laa....hehehe...

                                                       Sesi Posing
Sementara memancing bagi yang nak mengambil gambar pun boleh juga. kelong ini juga di lengakapi dengan alat keselamatan seperti pelampung dan life jaket. Bagi yang membawa anak-anak kecil tidak perlu risau kerana kelong ini di kelilingan dengan jaring dan kanak tidak mungkin terjatuh ke dasar laut.. ( kalo kanak² tu lompat,tak dapat den nak tolong) huhuuuuu :)

                                                     Makan Malam BBQ
Apabila sudah hampir malam,kami pun mulalah dengan membakar arang untuk di jadikan bara. dan makan malam ini amat sedap sekali, kerana dengan ade nyer hasil tangkapan, kami bakar ikan juga.  Bagi yang sudah penat boleh la melayan karaoke,Nyanyi sampai lebam. Jendereta adalah punca yang dapat menerangi tempat ini sehingga ke essokan pagi.

                                                     Suasana Di Pagi Hari
Terasa amat tenang sekali apabila menghirup udara segar di pagi hari...boleh di katakan bangun tidur mancing,bangun tidur mancing,pastu makan kemudian berkaraoke. dah abis karaoke makan lagi.. itu jer aktiviti kite orang.

                                                       Anggota Pemancing
Sebelum pulang,gambar ini adalah sebagai kenangan. saya amat rasa seronoh dan gembira sangat apabila bersama adik² dan bapa saya. Mungkin suatu hari nanti saya akan membawa mereka ke tempat yang lebih baik lagi. Jika anda ingin beriadah bersama keluarga,bawa lah mereka kerana tempat ini amat sesuai untuk keluarga atau rakan² yang lain.Harga 1 kelong cume RM350.00 dengan pakacge yang di sertakan sekali. bagi saya harga ini berpatutan dan tidak lah terlalu mahal. "Jadi, Anda Cuba Anda Tahu".


Hasil Tangkapan
Ini lah sebahagian hasil tangkapan daripada kami..ikan ini sahaja yang ada,asek² ikan belukang,ikan gelama pisang. ikan lain ade cume rezeki tidak datang kepada kami. Sekian, itu sahaja yang dapat saya berkongsi pengalaman memancing  di tempat ini.